Mahathir: Timbang elaun bekas polis bantuan zaman darurat - Berita Semasa | mStar

Mahathir: Timbang elaun bekas polis bantuan zaman darurat

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed meminta kerajaan mempertimbangkan rayuan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) supaya bekas polis yang berkhidmat semasa zaman darurat diberikan elaun bagi mengenang jasa mereka kepada negara.

"Semasa zaman darurat dulu polis bantuan diambil secara tergesa-gesa dan ketika itu pasukan polis tidak tersusun. Semasa itu perancangan untuk pencen mereka tidak diambil kira.

"Mereka telah banyak berjasa, berkorban dan berkhidmat untuk keselamatan negara dan pertimbangan yang adil patut diberikan kepada mereka.

"Mereka sudah berumur dan saya rasa sekiranya kerajaan membantu mereka, kerajaan bukan akan miskin pun," kata Dr. Mahathir pada Malam Seribu Kenangan PBPM di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Dr, Mahathir Penaung Kehormat PBPM.

Terdahulu, Presiden PBPM Shafie Bakri menyuarakan harapan persatuan itu supaya kerajaan meluluskan elaun bulanan itu.

Turut hadir di majlis itu ialah Tun Dr Siti Hasmah dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim yang juga Penasihat Kebajikan PBPM dan isterinya Datin Seri Masnah Rais. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan