Harap BN tak tanding, biar saya lawan PKR di Penanti - Aminah

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berharap Barisan Nasional (BN) "tidak bertanding bagi membolehkannya" menentang calon PKR di pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertemu esok untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi itu yang kosong sejak 16 April lalu.

"Bagi saya melawan (calon) PKR... ini satu cabaran kepada PKR kerana (menunjukkan) sudah ada pemimpin bawahan yang sudah mula mencabar kepimpinan parti itu.

"Ini satu tamparan kepada PKR, apabila bekas Ketua Wanita bertanding di Penanti.

"Saya berharap BN tidak bertanding, biar bagi saya laluan untuk lawan PKR," kata Aminah, 56, sambil mengakui ia cuma harapannya memandangkan semua orang ada hak untuk bertanding termasuk Umno dan BN sendiri.

Bagaimanapun tegas beliau, sama ada BN turun gelanggang pilihan raya kecil Penanti ataupun sebaliknya, "saya tetap bertanding."

"Saya sudah membuat keputusan dan saya tidak akan menarik diri daripada bertanding," katanya lagi.

Oleh kerana BN masih mengkaji sama ada mahu menurunkan calon ataupun sebaliknya, jelas Ketua Wanita PKR Negeri dan bahagian Bukit Bendera, biarlah beliau selaku bekas pemimpin PKR membawa cabaran menghadapi calon PKR - komponen Pakatan Rakyat itu.

Kelmarin Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, Biro Politik Umno akan memutuskan sama ada meletakkan calon ataupun tidak di Penanti.

Minggu lalu ketika dihubungi mStar Online, Aminah mengesahkan yang beliau akan tetap bertanding pada pilihan raya kecil DUN kawasan Penanti.

SEBAB TAWAR DIRI

Dalam perbualan awal itu, Aminah yang kini mengusahkan perniagaan seni ukiran kayu bersama suaminya Mohd. Rofi Osman memberitahu, beliau menawarkan diri sebagai calon Bebas kerana merasakan perjuangan PKR kini telah tersasar daripada matlamat asal.

Sebagai antara kumpulan terawal menerajui penubuhan Keadilan hujung 1990-an, kata Aminah, beliau agak kecewa dengan keadaan politik semasa ketika ini yang menyebabkan rakyat keliru dan merasa terpanggil untuk membetulkan keadaan itu.

Aminah juga merupakan bekas exco PKR pusat.

Ketika ditemui hari ini, beliau yang turut dikenali sebagai "Kak Min" dengan ditemani Mohd. Rofi dan tiga daripada empat anaknya berkata, kekosongan kerusi DUN Penanti berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin merupakan peluang terbaik bagi membuktikan tiadanya prinsip "kebenaran, keadilan dan ketelusan" dalam PKR.

"Jika ada keadilan dan kebenaran dalam PKR, tidak akan ada pilihan kecil di Penanti," kata beliau sambil menambah, keputusan untuk bertanding di Penanti tidak dibuat secara emosi.

"Hasrat (untuk bertanding) dah lama, ia semata-mata untuk menegakkan keadilan dan kebenaran... keputusan ini tidak dipengaruhi oleh emosi ataupun tekanan mana-mana pihak," kata beliau yang sepatutnya bertanding pilihan raya umum Mac 2008.

"Kini apabila wujud kekosongan Penanti, membabitkan kerusi PKR, saya lihat sebagai satu peluang untuk mencabar kepimpinan PKR," ujar beliau.

Aminah tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sebelum menganggotai PKR pad 1998.

Suamninya merupakan bekas ahli Umno Cawangan Pelabuhan di Bahagian Tanjong sehingga menyerta PKR lebih sedekad lalu.

Kedua-dua mereka keluar PKR pada 2007 dan jawatan terakhir Aminah dan Rofi pada tahun itu ialah Ketua PKR dan Ketua Wanita PKR Bukit Bendera.

"Kak Min tidak pandai bermain politik, tetapi Kak Min suka bekerja untuk membantu rakyat," kata beliau yang mengakui sudah menyusun strategi menghadapi pilihan raya kecil ini.

Bagaimanapun beliau enggan berkongsi strateginya.

"Saya akan dedahkan satu demi satu nanti... biar SPR umumkan tarikh pilihan raya dan selepas penamaan calon nanti," katanya.

Tambah Aminah, beliau keluar PKR kerana prinsip apabila hala tuju perjuangan sudah berubah.

"Saya keluar PKR adalah kerana prinsip... adakah Anwar keluar kerana prinsip?" katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan