Sertai Umno? Ibrahim Ali buat keputusan Jun ini

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali masih belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik pada ketika ini, tetapi akan menemui pengundi kawasan Pasir Mas awal Jun ini untuk mendapatkan input sama ada wajar kekal sebagai wakil rakyat Bebas ataupun menyertai Umno.

Bagaimanapun beliau akan menemui pengundi kawasan Pasir Mas awal Jun ini untuk mendapatkan pandangan sama ada perlu kekal sebagai wakil rakyat Bebas ataupun menyertai Umno.

"Buat masa ini biarlah dulu. Saya lebih selesa menjadi ahli Parlimen Bebas tak berpihak kepada mana-mana parti. Apa yang penting saya dapat berkhidmat sebaik mungkin di kawasan saya," katanya kepada mStar Online hari ini.

Bagiamanapun Ibrahim mengesahkan beliau akan mempertimbangkan opsyen terbaik sebaik mendapatkan maklumat daripada pengundi-pengundi di kawasannya.

"Saya akan adakan Konvensyen Perjuangan Rakyat di Pasir Mas pada 6 Jun ini... saya lihat inilah platform terbaik untuk saya mendapatkan maklum balas daripada pengundi-pengundi di kawasan saya.

"Saya mahu mendapat maklumat mengenai hala tuju dan masa depan saya sebagai ahli Parlimen.

"Jika mereka (pengundi Pasir Mas) mahu saya masuk parti Umno atau PAS saya akan mempertimbangkan opsyen berkenaan demi kebaikan mereka (pengundi)," katanya.

Mengulas lanjut mengenai konvensyen itu, Ibrahim berkata beliau mungkin juga akan mempertimbangkan cadangan untuk menyertai mana-mana parti politik yang dilihat sesuai dengan perjuangan yang dimahukan oleh pengundi-pengundinya.

"Kira-kira 1,500 dikalangan jentera pengundi di kawasan Pasir Mas akan mentertai konvesyen selama sehari ini.

"Insya-Allah kita akan buat di Kota Bharu cuma tempat masih belum ditetapkan lagi.

"Ini bermakna setiap peti undi di kawasan Pasir Mas akan diwakili oleh 32 orang. Saya mahu mereka membawa suara akar umbi. Sebaik berakhirnya konvesyen itu baru saya buat keputusan," katanya.

Jelasnya, beliau juga akan melihat kepada trend politik semasa sebelum sebarang membuat keputusan.

Pada 11 April lalu, Ibrahim berkata beliau menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh. Ibrahim sebelum ini membayangkan akan membuat 'satu kejutan' terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr. Mahathir mengumumkan menyertai semula Umno semasa perhimpunan Agung Umno 2008 Mac lepas.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan