Najib mahu kesesakan bandar raya diatasi segera

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga minggu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang untuk melawat tiga kawasan di tengah-tengah bandar raya, Perdana Menteri hari ini melakukan satu lagi kejutan berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan Puduraya yang sentiasa sesak dengan lalu lintas.

Beliau kurang senang dengan kesesakan itu dan ketidakcekapan kemudahan awam semasa melakukan tinjauan selama sejam, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Najib, yang berpakian kasual berkemeja warna perang dan seluar berwarna bij, tiba di Jalan TAR, dekat Semua House pada 3.20 petang, diiringi oleh Raja Nong Chik, timbalannya Datuk M. Saravanan dan datuk bandar bandaraya Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Di Jalan TAR, yang terkenal dengan kedaikedai tekstil dan barang kemas, Najib diberi taklimat oleh Ahmad Fuad mengenai cadangan tempat parkir bertingkat berhampiran Semua House, dan beberapa rancangan menaik taraf lain di situ.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit berjalan di sepanjang lorong berkenaan sambil berhenti berbual dengan ahli-ahli perniagaan dan orang ramai.

Kemudian, beliau menaiki LRT yang penuh sesak (beliau terpaksa berdiri) di stesen Masjid Jamek ke stesen Plaza Rakyat dan beliau berjalan kaki di kawasan Puduraya yang terkenal dengan kesesakannya di mana terletak terminal bas ekspres untuk perkhidmatan ke utara dan selatan tanah air.

Bagi mengelakkan panas terik, Najib berhenti di salah sebuah gerai di bangunan itu mendapatkan minuman sejuk.

Najib, yang diiringi oleh sekumpulan pengawal keselamatan dan pegawai-pegawai, menarik perhatian orang ramai, yang tidak membuang masa untuk mengambil gambar perdana menteri keenam negara itu.

Seorang wanita yang ternampak kelibat Najib lantas memboloskan diri di tengah-tengah kumpulan orang ramai sambil berteriak: "Saya mahu ambil gambar perdana menteri saya."

Najib kemudian bergerak untuk memeriksa bangunan projek Plaza Rakyat yang lama terbengkalai di sebelah Puduraya sebelum berlepas balik pada 4.25 petang.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Raja Nong Chik berkata perdana menteri menyatakan pandangan berat tentang kurangnya fasiliti dan kesesakan di tempattempat tertentu dan mahukan penambahbaikan dilakukan segera.

"Beliau mengalami sendiri, dengan berjalan kaki dan menaiki LRT bersama orang ramai, apa yang mereka terpaksa lalui setiap hari, seperti kesesakan dan pelbagai kesulitan lain, di kawasasn sesak.

"Beliau berkata masalah seumpama itu bukan petanda baik buat negara kita yang berusaha menjadi negara maju menjelang 2020.

"Beliau telah mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan kementerian lain yang berkaitan menentukan kemudahan berkenaan dipertingkatkan demi faedah orang ramai," kata beliau.

Mengenai projek Plaza Rakyat, Raja Nong Chik berkata, Najib mahukan pemaju diberi kata dua untuk menyiapkannya.

"Perdana menteri mahukan kami memberikan had masa kepada pemaju menyiapkan projek itu. Jika mereka tidak dapat mematuhinya, kami akan tamatkan kontrak dan cari jalan lain.

"Beliau mahukan projek itu dijalankan semula secepat mungkin," kata Raja Nong Chik.

Projek, yang pada mulanya menelan kos RM1.2 bilion itu telah diabaikan selama 12 tahun selepas ia bertukar tangan beberapa kali. Pemaju sekarang ialah Global Upline.

Plaza Rakyat dirancang mempunyai tiga bangunan 79 tingkat, 49tingkat dan 21tingkat untuk ruang pejabat, kondominium dan sebuah hotel murah.

Mengenai rancangan menaik taraf kemudahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengurangkan kesesakan di Jalan TAR, Ahmad Fuad berkata, projek itu ialah tempat letak kereta bertingkat yang sudahpun bermula. Beliau berkata kontrak bagi projek di kawasan 0.5 hektar itu telah pun dikeluarkan tender dan kerja pembinaan dijangka bermula tidak lama lagi.

"Ia bangunan 13tingkat dan dianggarkan menelan kos RM50 juta. Ia akan menempatkan tempat letak kereta bertingkat, pusat penjaja dan peniaga, dewan pelbagai guna dan ruang pejabat," ujar beliau. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan