Tanding di Penanti? Biro Politik Umno akan putuskan - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, sebarang keputusan mengenai pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan diputuskan oleh Biro Politik parti itu.

Mandat tersebut diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat hari ini.

"Kita serah mandat mengenainya (pilihan raya kecil Penanti) kepada Biro Politik untuk buat keputuan," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat MT hari ini.

Mengulas lanjut mengenai peletakkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohamad Fairus Khairuddin, Najib berkata, pada prinsipnya seseorang wakil rakyat itu tidak boleh meletakan jawatan tanpa sebarang sebab munasabah.

"Apabila kita tawarkan diri untuk bertanding, (maknanya) kita sanggup untuk berkhidmat kepada rakyat sepanjang tempoh penggal berkenaan.

"Jadi kita tak boleh setelah setahun kita nak letak jawatan, melainkan atas sebab-sebab tertentu yang diperuntukkan oleh Perlembagaan," katanya.

Selain itu Perdana Menteri juga berkata, setiap wakil rakyat perlu berpegang teguh kepada akujanji yang dibuat kepada pengundi-pengundi di sesuatu kawasan berkenaan iaitu bersedia untuk berkhidmat kepada mereka.

"Itu adalah semangatnya, kita tak boleh letak... kita mesti balik kepada akujanji kepada pengundi-pengundi kita," katanya.

Ditanya mengenai tarikh Biro Politik akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai pilihan raya kecil berkenaan, Najib yang juga Pengerusi biro berkenaan enggan mendedahkannya.

"Tak mengapa, kita tahu bila mesyuarat itu akan diadakan," katanya ringkas.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan