Naib Presiden juga ketuai negeri, Hishammuddin di Umno Terengganu

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perubahan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang kini disandang oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak melibatkan soal kedudukan Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Said.

Hishammuddin merupakan antara Naib Presiden Umno yang diberi tanggungjawab mengetuai Badan Perhubungan Umno Negeri.

Dua lagi Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal masing-masing mengetuai Pulau Pinang dan Kedah.

Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata perubahan kepimpinan Umno di peringkat negeri merupakan soal yang berkaitan dengan parti.

"Soal MB (Menteri Besar) itu lain... ini politik parti," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT.

Najib berkata demikian mengulas soal wartawan mengenai kedudukan Ahmad berikutan peralihan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang sebelum ini dipegang oleh Menteri Besar berkenaan.

Ahmad kini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.

Pergolakan politik di Terengganu tercetus berikutan krisis kepimpinan dalaman melibatkan kepimpinan Ahmad.

Ia juga dilihat ada kaitan dengan "perang dingin" di Terengganu yang tercetus antara kumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) penyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dengan pentadbiran sekarang yang bermula sejak Ahmad memasuki pejabat Menteri Besar setahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan