MT Umno setuju pinda perlembagaan parti hujung tahun

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Umno hari ini bersetuju untuk meminda perlembagaan parti yang akan menyentuh kaedah dan proses pemilihan Umno supaya lebih telus, terbuka dan demokratik pada perhimpunan agung khas hujung tahun ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengendalikan cadangan berhubung pindaan dan perubahan lain serta membawanya ke pertimbangan MT sebelum dikemukakan dalam perhimpunan agung khas.

"Majlis Tertinggi juga mengambil kira perubahanperubahan yang telah diumumkan oleh kerajaan dan saya telah memberi penjelasan mengenai dasar liberalisasi serta pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

"Majlis Tertinggi faham kenapa keputusan perlu dibuat, ini bukan bererti kita ubah sesuatu dasar dan komitmen kita tetapi adalah satu usaha untuk mengelakkan pertindihan antara tugastugas kementerian supaya lebih fokus, tetapi dasar kementerian berkenaan akan kita teruskan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MT Umno yang pertama selaku Presiden Umno.

Perdana Menteri berkata beliau juga telah menerangkan bahawa dasar liberalisasi bukan dibuat secara mengejut, sebaliknya satu kajian mendalam telah dilakukan selama dua tahun oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Katanya, selepas Muhyiddin berpindah kementerian, ia diambil alih oleh Datuk Mustapa Mohamed yang telah membawanya ke pertimbangan beliau dan exco Majlis Ekonomi.

Beliau berkata, setelah diteliti secara mendalam, MT berpuas hati bahawa perubahan yang dilakukan terhadap dasar itu adalah baik dan boleh diterima semua pihak termasuk kaum bumiputera yang terlibat dalam 27 subsektor yang berkenaan sebelum pengumuman mengenainya dibuat.

Katanya, dasar liberalisasi adalah sejajar dengan perubahan yang dilakukan di setiap negara ASEAN dan Malaysia merupakan yang terkebelakang sekali membuka sektor perkhidmatannya berbanding negara Asean lain. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan