MT dijangka umum langkah pembaharuan Umno hari ini

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan tertinggi Umno yang terpilih semasa pemilihan parti pada perhimpunan agung parti 26 Mac lepas akan bermesyuarat buat pertama kali, petang ini.

Mesyuarat sulung Majlis Tertinggi (MT) Umno itu yang dipengerusikan Presiden baru parti Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat beberapa keputusan berkaitan struktur pucuk pimpinan parti, selain perbincangan mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang.

Ia juga dijangka memfokuskan kepada pentadbiran di peringkat Badan Perhubungan Umno beberapa negeri.

Ada beberapa pemerhati politik turut meramalkan MT akan membuat beberapa keputusan berani yang mencerminkan usaha pembaharuan dalam parti seperti mana dijanjikan Najib pada perhimpunan agung parti.

Antara negeri yang dijangka terlibat dalam pembaharuan itu ialah Selangor, Perak, Kedah dan kemungkinan besar Terengganu yang baru-baru ini menyaksikan konflik dalaman apabila wujud cakapcakap politik mengenai usaha menjatuhkan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Said, tersebar luas.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin disebutsebut akan mengambil alih jawatan Pengerusi dua Badan Perhubungan Umno negeri iaitu Selangor dan Kedah, bagi menguatkan parti di negeri yang kini ditadbir pembangkang.

Selangor kini dipengerusi bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, manakala Kedah pula dipengerusi Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selain itu, Presiden parti dijangka mengumumkan lantikan jawatan Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Setiausaha Kerja dan Bendahari parti.

Lazimnya pada mesyuarat sulung itu juga Presiden akan mengumumkan pelantikan beberapa anggota MT sebagai tambahan kepada 25 orang yang dipilih semasa pemilihan parti. Menurut Perlembagaan Umno, Presiden boleh melantik tidak lebih daripada 12 anggota MT termasuk seorang daripada sayap parti Wanita, Pemuda dan Puteri.

Sekali gus ini memberi harapan kepada beberapa lagi 'muka lama' yang kecundang pada pemilihan lalu tetapi tersenarai dalam Jemaah Menteri baru.

Antaranya ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang gagal untuk merebut satu daripada tiga kerusi Naib Presiden yang dipertandingkan.

Pemerhati politik yakin bekas Menteri Luar itu akan dilantik mengisi satu kerusi MT berasaskan kepada prestasi Rais dalam Umno selama ini.

Turut dijangka diputuskan esok ialah sama ada Umno akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Perdana Menteri sebelum ini dilapor berkata Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi itu yang disandang PKR kosong selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, meletakkan jawatan minggu lalu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan