Masuk pejabat Presiden pagi tadi Najib disambut 300 anggota Umno

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini disambut kira-kira 300 anggota Umno pelbagai peringkat dan kakitangan ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau yang berpakaian baju Melayu berwarna merah jambu tiba pada pukul 9.45 pagi dan diiringi Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Wanita Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.

Sebelum memasuki pejabat presiden buat kali pertama selepas memegang jawatan presiden pada pemilihan Umno bulan lepas, Najib meluangkan masa selama 10 minit melawat Galeri Umno di tingkat empat bangunan itu.

Beliau kemudiannya menaiki lif menuju pejabatnya di Tingkat 39.

Najib juga akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno buat kali pertama selepas memegang tampuk jawatan presiden, petang ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini memasuki pejabat Presiden Umno buat kali pertama selepas dipilih sebagai Presiden parti, akhir bulan lalu.

Najib tiba pada pukul 9.45 pagi.

Najib dipilih sebagai Presiden Umno pada pemilihan parti 26 Mac lalu menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memutuskan tidak mempertahankan jawatan itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan