Hassan Ali tunjuk minat rebut Timbalan Presiden PAS

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali tidak menolak kemungkinan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu Jun depan.

Hassan bagaimanapun berkata, beliau akan terlebih dahulu menilai segala proses dan situasi pencalonan dalam masa dua minggu akan datang sebelum mengambil sebarang keputusan muktamad mengenainya. "Ya, masih ada kemungkinan saya bertanding... walaupun kadang-kadang saya tak nak bertanding, penyokong mahu saya bertanding... dan kalau pencalonan tidak menggambarkan sebarang indikasi kemenangan, maka saya pun mungkin tidak bertanding (untuk jawatan timbalan presiden).

"Walau apapun, saya akan duduk berbincang bersama teman-teman saya di peringkat perhubungan Selangor dan juga pemimpin-pemimpin tertinggi parti seperti (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sama ada harus bertanding atau tidak," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan replika cek bernilai RM38,500 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Muktamar tahunan kebangsaan PAS akan diadakan pada 4, 5, 6 dan 7 Jun di Stadium Malawati dekat sini.

Seramai 20,000 orang dijangka menghadiri pada hari pembukaan muktamar tersebut.

Mengulas mengenai majlis hari ini, Hassan berkata, RM38,500 kepada pihak TNB adalah sebahagian daripada bayaran tunggakan oleh kerajaan negeri ekoran kegagalan pemaju kawasan perumahan Bukit Beruntung dan Taman Bukit Sentosa menjelaskan bayaran bil lampu jalan kawasan itu sejak beberapa tahun lepas.

Beliau juga berkata, TNB akan memulakan kerjakerja pemulihan lampulampu jalan kawasan terbabit malam ini secara berperingkatperingkat. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan