"Grand design" media asing mahu jatuhkan Najib - Rais

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap kepimpinan baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu "grand design".

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perbuatan media itu bukan satu perkara baru kerana mereka pernah menggunakan taktik yang sama tetapi gagal sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara.

"Media asing itu akan menggunakan pelbagai istilah mengaitkan pelbagai kelakuan (Perdana Menteri) yang kononnya tidak boleh diterima (oleh pihak tertentu)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil buat bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, di Masjid AnNur di Peringgit di sini malam tadi.

Majlis itu dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia sempena memperingati ulang tahun pemergian Allahyarham yang meninggal dunia pada 23 April 2006.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir bahawa terdapat usaha oleh media asing yang bersatu dan berterusan menggambarkan impak negatif terhadap Najib sebagai Perdana Menteri baru Malaysia.

Menurut Rais, Najib telah dikaitkan dengan "undang-undang" kononnya boleh mencemarkan nama baik beliau oleh beberapa pihak termasuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Sedangkan dakwaan itu hanya kosong semata-mata oleh media sama ada di Eropah atau di Amerika Syarikat," katanya yang percaya dakwaan terhadap Najib itu akan berakhir begitu sahaja.

"Bagaimanapun, kami akan meneliti (keadaan) dan sekiranya berpeluang saya sendiri ingin berdebat dengan pihak-pihak yang cuba "mengenakan" pemimpin kita dengan perkataan tak senonoh atau tidak diterima akal pada masa ini," katanya.

Mengenai Datuk Zaid Ibrahim yang sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Najib, Rais berkata, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memiliki peribadi yang mempunyai beberapa sifat "si lunchai" kerana Zaid tidak mengenal sifat kebijaksanaan atau faedah mengutuk pemimpin sendiri.

"Kita akan lihat setakat mana hebatnya beliau (Zaid) menggunakan istilah-istilah itu terhadap perdana menteri," katanya.

Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan