Fairus kekal letak jawatan ADUN Penanti - Naib Presiden

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kekal dengan keputusannya meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti. Ia disahkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali.

"Setakat ini (tengah hari ini) parti (PKR) masih menganggap Fairus telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti.

"Tidak ada apa-apa yang berubah," kata Naib Presiden PKR, R. Sivarasa ketika dihubungi sebentar tadi.

"Speaker juga telah memaklumkan kekosongan kerusi itu kepada SPR," katanya.

Ahli Parlimen Subang itu menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Fairus kepada mStar Online pagi tadi bahawa beliau menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk menentukan sama ada beliau perlu kekal sebagai ADUN Penanti ataupun sebaliknya.

Dalam pada itu ketika dihubungi, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) pula berkata Fairus tidak boleh menarik balik keputusannya meletakkan jawatan.

Speaker telah pun memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang kekosongan kerusi DUN Penanti.

SPR yang bermesyuarat kelmarin dijangka mengumumkan keputusannya Isnin ini.

Semalam Sivarasa memberitahu bahawa SPR telah memaklumkan pihaknya ketika satu pertemuan dengan parti politik bahawa pilihan raya kecil akan diadakan tetapi tarikhnya hanya akan diumumkan Isnin ini.

Sama ada PKR bersedia untuk menerima jika Fairus memutuskan untuk tidak jadi letak jawatan, Sivarasa berkata, "saya tidak boleh jawab hal ini kerana keputusan akan dibuat secara muafakat oleh kepimpinan parti."

Beliau juga tidak tahu sama ada Fairus sudah menghubungi parti atau tidak setakat ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan