Naib Presiden PAS: Salahuddin umum pendirian Mei

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub berkata, beliau akan mengumukan pendirian mahu bertanding atau sebaliknya jawatan Naib Presiden setelah semua bahagian selesai mengadakan mesyuarat pertengahan bulan depan.

"Ketika ini biarlah mereka (ahli-ahli di peringkat bahagian) selesaikan mesyuarat agung masing-masing.

"Insya-Allah bila semua sudah selesai mesyuarat saya akan umumkan pendirian saya," katanya kepada mStar Online hari ini.

Baru-baru ini, timbul desas-desus mengatakan Salahuddin dijangka menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar parti itu Jun depan.

Jawatan tersebut kini disandang oleh Datuk Husam Musa, Mohammad Sabu, dan Ahmad Awang.

Bagaimanapun, Salahuddin yang Ahli Parlimen Kubang Kerian mengesahkan beliau telah menerima pencalonan awal daripada beberapa bahagian untuk bertanding jawatan tersebut.

"Bagi saya semuanya terserah kepada ahli. Mereka berhak membuat sebarang keputusan untuk memilih calon yang mereka suka," katanya.

Pada 15 Februari lepas, Salahuddin mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda bagi memberi peluang kepada muka baru menerajui Dewan itu.

Ditanya adakah persaingan merebut jawatan tertinggi parti itu akan mewujudkan perpecahan, Salahuddin berkata: "Saya yakin pertandingan itu akan berlangsung dalam suasana sihat dan demokrasi sebagaimana menjadi amalan PAS sebelum ini."

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan