Muhyiddin yakin isu kepimpinan Terengganu diselesai segera

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kemelut politik yang kini melanda kepimpinan Umno di Terengganu akan diselesaikan secepat mungkin.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak amat memahami situasi yang berlaku di negeri itu selepas mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan pimpinan Umno negeri itu.

"Pastinya Presiden tahu dan saya juga tahu apakah perkara-perkara yang akan dibuat untuk memperkukuhkan pimpinan di sana.

"Terengganu adalah negeri BN (Barisan Nasinal)... Umno kuat dan kita mempunyai ramai wakil rakyat di situ.

"Rakyat Terengganu sudah bagi sokongan. Sekarang kita nak jalankan kerjalah," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah di sini, hari ini.

Minggu lalu, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu daripada BN bertindak tidak menghadiri persidangan DUN kerana bimbang keselamatan mereka setelah tiga daripada mereka menerima SMS berbentuk ugutan.

SMS itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan dibentangkan pada persidangan dewan itu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, perkara yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan Terengganu termasuk wakil rakyatnya pada masa ini adalah kebajikan dan kepentingan rakyat.

"Kalau ada apa masalah, kita tak mahu bincang secara terbuka," katanya.

Ditanya sama ada perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno esok, Muhyiddin berkata, hal itu terpulang kepada Najib.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan