Muhyiddin: BN tak takut sesiapa tanding pilihan raya kecil

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak pernah takut kepada sesiapa dalam menghadapi pilihan raya kecil, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita tak pernah takut kepada sesiapa... soalan pilihan raya ini biasa kita lalui... menang kalah itu adat dalam pertandingan. Kita akan hadapi apa pun sepanjang masa," katanya.

Terdahulu beliau yang juga Menteri Pelajaran melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail bahawa BN enggan meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti kerana BN adalah "underdog".

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, soal sama ada ia akan bertanding atau tidak belum diputuskan lagi.

Katanya, soal BN kemungkinan tidak meletakkan calon di Penanti adalah pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan respon daripada beberapa pihak.

"Kita belum membuat keputusan... esok kita ada mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dan kita akan bincanglah.

"Lepas ini pimpinan BN yang akan beri (maklum balas) kepada Perdana Menteri," katanya.

Berhubung perubahan dalam kepimpinan MT Umno, Timbalan Presiden itu memberitahu, perubahan pasti akan dilakukan selepas setiap kali perhimpunan agung dan pemilihan parti.

Katanya, perkara itu akan diumumkan esok oleh Najib dalam mesyuarat MT.

"Apa yang penting adalah untuk kita melihat untuk memperkukuhkan parti dan perubahan yang dibuat semuanya adalah untuk memperbaiki, meningkatkan prestasi parti kita," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan