Desakan Kabinet Sabah dirombak, tak hormat semangat setiakawan - Rosnah

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan desakan terbuka Timbalan Presiden Parti Liberal Demoktratik Sabah (LDP) Datuk Chin Su Phin supaya Kabinet Sabah dirombak, sebagai tindakan tidak menghormati semangat setiakawan parti kompenan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata Chin sepatutnya menggunakan saluran yang sesuai untuk memberikan pandangan atau teguran membina demi kebaikan semua.

"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini, tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha menangani krisis ekonomi, berbanding permainan politik yang mungkin boleh merugikan semua pihak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Chin berhubung komposisi pembentukan Kabinet Sabah semalam.

Dalam kenyataan itu, Chin berkata pengekalan Datuk Raymond Tan sebagai Timbalan Ketua Menteri, "satusatunya anggota bebas dalam Barisan Nasional (BN)" selepas Parti Maju Sabah meninggalkan gabungan itu dan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Japlin Akim, yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana politik wang, menunjukkan Kabinet negeri berlaku tidak adil kepada parti komponen lain.

Chin turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu, termasuk keperluan untuk melakukan rombakan Kabinet negeri.

"Mainan-mainan politik seperti ini perlu dihindarkan kerana semua mempunyai matlamat sama untuk membawa perubahan dan membela nasib rakyat Malaysia seperti gagasan idea yang dilontarkan oleh Perdana Menteri iaitu '1Malaysia, Rakyat Diutamakan Prestasi Ditingkatkan'.

"Untuk menterjemah konsep ini dalam gerak kerja, sudah pasti memerlukan penyertaan secara menyeluruh terutama di kalangan pemimpin dan seluruh masyarakat," katanya.

Rosnah berkata jika asyik berpolitik, ia boleh menjejaskan segala usaha yang dirancang kerana lebih banyak masa diperlukan menyelesaikan masalah politik berbanding bertindak menumpukan usahausaha menangani krisis ekonomi dan lebih utama merealisasikan kehendak rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mempunyai alasan yang kukuh dan memahami komposisi kabinet negeri tanpa meminggirkan parti kompenan BN yang lain, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan