Timbalan Presiden PAS: Husam belum buat keputusan

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu Jun ini.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk memberikan sebarang kata putus walaupun namanya dikatakan telah dicalonkan untuk jawatan itu dalam beberapa mesyuarat kawasan di Kelantan.

"Saya rasa masih terlalu awal untuk buat sebarang keputusan dan biarlah saya tunggu masa yang sesuai untuk putuskan.

"Secara rasminya saya tidak tahu nama saya telah dicalonkan atau tidak pada mesyuarat PAS kawasan dan saya tahu pun melalui akhbar," katanya kepada pemberita di pejabatnya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan Husam menjadi pilihan pada mesyuarat PAS kawasan di Kelantan untuk bertanding bagi jawatan itu yang kini disandang Nasharudin Mat Isa berdasarkan ketokohan Husam yang mampu membantu Presiden PAS dalam menangani isu-isu terkini.

Mengulas laporan itu, Husam turut meminta agar semua pihak tidak mudah membuat andaian kononnya wujud amalan berpuak-puak dalam parti itu.

"Saya sendiri tidak meletak sasaran untuk memegang mana-mana jawatan sejak menjadi anggota PAS dan laporan mengatakan wujud puak tertentu dalam PAS adalah tidak benar," kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata, anggota PAS bebas untuk memilih mana-mana pemimpin yang mereka rasakan jujur dan tidak mempunyai agenda "belakang tabir" sebagai pemimpin mereka pada muktamar nanti.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Badan Perhubungan PAS negeri tidak pernah menentukan mana-mana pemimpin sebagai calon tertentu pada muktamar itu.

"PAS Kelantan sama sekali berkecuali untuk menyokong mana-mana pemimpin dan terpulang kepada kebijaksanaan PAS kawasan untuk memilih siapa yang mereka nak.

"Tidak ada konflik dalam PAS dan apa yang berlaku pada muktamar itu nanti akhirnya untuk kebaikan PAS juga," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan