Puteri Umno harap Puteri BN dapat dibentuk secepat mungkin

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno Selasa meminta pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) meluluskan penubuhan Pergerakan Puteri BN secepat mungkin bagi memastikan kelancaran jentera parti pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya Datuk Rosnah Rashid Shirlin turut meminta agar pemimpin parti komponen BN yang lain menggiatkan usaha untuk menubuhkan sayap Puteri BN itu.

"Ini penting kerana sayap Puteri adalah yang paling hampir dengan pengundi wanita muda dan dikenalpasti sebagai kumpulan yang banyak membantu BN meraih sokongan daripada golongan itu.

"Jika kumpulan sasar itu (wanita muda) boleh menerima Puteri, bererti mereka juga boleh menerima kepimpinan parti yang mewakili kaum masing-masing," katanya pada majlis Ramah Mesra Puteri Umno bersama Media di sini, hari ini.

Cadangan mewujudkan Pergerakan Puteri BN pernah disuarakan bekas ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad, namun sehingga ini ia masih di peringkat perbincangan oleh kepimpinan parti.

Rosnah berkata pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah baru-baru ini jelas memperlihatkan kerjasama antara golongan wanita muda dalam parti-parti komponen BN.

"Kita bukan sekadar membincangkan penubuhan Pergerakan Puteri BN, tetapi kita sudah menggerakkan aktiviti Puteri di kalangan parti komponen...kesannya cukup memberangsangkan," katanya.

Ditanya mengenai pelantikan ketua puteri negeri dan exco Puteri, Rosnah berkata: "Ia akan diumum selewat-lewatnya awal Mei ini. InsyaAllah, 80 peratus adalah muka baru".

Rosnah turut mengumumkan pelantikan Ketua Puteri Bahagian Pekan Nor Azita Abdul Rahman sebagai Setiausaha pergerakan itu bagi sesi 2009-2012, Ketua Puteri Bahagian Pasir Salak Dr Wan Norashikin Wan Nordin (Bendahari); Ketua Puteri Bahagian Kuala Terengganu Nordiana Shafie (Penerangan); dan Ketua Puteri Bahagian Gelang Patah Raden Seri Kartini Abdullah (Setiausaha Kerja).

Sementara itu, Naib Ketua Puteri Shahanim Mohd Yusof berkata beliau melepaskan jawatan ketua puteri Kedah kerana ingin memberi sepenuh tumpuan terhadap tanggungjawabnya di peringkat pusat.

Puteri Umno kini mempunyai 191 bahagian di seluruh negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan