Guan Eng: Kerajaan negeri terima laporan siasatan 3 kuari

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan negeri hari ini menerima laporan siasatan berhubung tiga kuari di daerah Seberang Perai Tengah yang didakwa terlibat dalam isu di bawah deklarasi royalti sehingga mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menerima laporan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang yang mengetuai siasatan itu.

Lim berkata, kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan Jawatankuasa Tanah negeri sebelum mengumumkan laporan tidak lama lagi.

"Kita akan lihat cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 31 Mac lepas, kerajaan negeri membekukan semua bentuk operasi tiga buah syarikat kuari bertujuan membantu siasatan mengenai isu di bawah deklarasi royalti, yang mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan.

Lim dilaporkan berkata, siasatan itu melibatkan kadar royalti tanah merah dan bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 kepada RM1 satu meter padu meter.

Tiga syarikat kuari itu ialah Kuad Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn Bhd dan Saw Chong Teok Quarry Sdn Bhd.

Sementara itu, Law berkata, selain kerajaan negeri, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Pulau Pinang turut menyiasat kes itu.

"Jawatankuasa yang saya ketuai bertujuan menentukan adakah kekurangan pengiraan dan pembayaran royalti bahan batuan daripada tiga syarikat kuari itu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan