Selangor bentuk Panel Penasihat Ekonomi

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selangor membentuk Panel Penasihat Ekonomi sebagai langkah memberikan nasihat terutama berkaitan pembentukan dasar dan proses pelaksanaan yang terkandung dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan baru-baru ini.

Panel tersebut yang terdiri sembilan ahli dilantik, melibatkan profesional dalam pelbagai bidang termasuk pakar ekonomi, peguam, ahli akademik dan akauntan.

"Mereka dijangka mengemukakan nasihat strategik dan input terhadap pelbagai usaha merancakkan program dan rancangan ekonomi kerajaan Selangor yang selari dengan Pakej Rangsangan Ekonomi," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan dikeluarkan.

Perkhidmatan pakar-pakar tersebut diperlukan sehingga dua tahun, lantaran Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor melibatkan rancangan jangka panjang dan jangka pendek.

Kata beliau, ahli-ahli panel diminta membantu kerajaan negeri dalam hal melaksanakan projek-projek strategik termasuk yang melibatkan matlamat dan objektif pakej, waktu pelaksanaan dan sumber-sumber yang diperlukan bagi menjayakan seluruh ruang lingkup pelaksanaannya.

"Gerak kerja Panel Penasihat Ekonomi itu dibantu oleh sekretariat yang bertujuan menyelaraskan dan memudahkan pelan tindakan dengan kerajasama pihak kerajaan negeri," katanya.

Sebagai bahagian dalam proses pelaksanaannya, kerajaan Selangor dijangka mengadakan taklimat khas bagi setiap isu yang berkaitan dengan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) menerusi siri menyuarat dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) pada setiap Jumaat.

Mesyuarat juga diadakan dengan ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sebagai usaha menerima input dan penambahan idea lain yang bersesuaian demi mencapai hasil yang memuaskan semua pihak, kata beliau.

Dalam hubungan ini, pendekatan pendengaran awam atau perundingan terbuka sebagai usaha menerima maklum balas daripada pakar-pakar dalam pelbagai organisasi, sedang dalam pertimbangan untuk diwujudkan. Inilah antara usaha kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang sentiasa menerima pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak terutama kalangan professional.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan