Hukum wakil rakyat letak jawatan tanpa sebab munasabah - Muhkriz

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicadang mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.

Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata perbuatan meletak jawatan dalam kalangan Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang dengan sewenangwenangnya, kini seolaholah menjadi trend bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian.

Perbuatan itu katanya merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti-parti yang bertanding.

"Kita ingat dulu di Permatang Pauh, (Presiden Parti Keadilan Rakyat), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan begitu mudah walaupun sihat, menyerahkan jawatan kepada suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim), maka berlakunya pilihan raya kecil di situ.

"Apa (hukuman) yang dianggap wajar, terpulanglah kepada SPR. " kata Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada pemberita selepas merasmikan satu bengkel usahawan wanita di sini hari ini.

Mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan negeri Pulau Pinang kawasan Penanti yang dikosongkan oleh Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat, Mukhriz berkata beliau setuju dengan bapanya, Tun Dr Mahathir, supaya Barisan Nasional bertanding dalam pilihan raya kecil di situ walaupun BN sedang memikirkan untuk tidak meletakkan calon kerana membantah tindakan penyandang kerusi itu melepaskannya tanpa alasan yang kukuh.

"Mungkin ada baiknya kita bertanding di situ. Tapi saya rasa geram jugalah, geram kerana mereka (pembangkang) seolaholah setiap bulan nak ada pilihan raya kecil," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan