Foto baru aksi Elizabeth: BN Selangor tidak gesa letak jawatan

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Selangor tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan berhubung penyebaran gambar aksi tidur terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong di internet.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, BN tidak akan membuat sebarang gesaan atau tekanan kepada Wong supaya meletakkan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri dan juga ADUN.

"BN tidak akan mengambil sebarang tindakan, kami tak akan buat gesaan atau tekanan.

"Seperti apa yang telah saya katakan sebelum ini, isu moral seperti ini dengan sendirinya menguntungkan BN di Selangor kerana rakyat mampu berfikir mengenai pemimpin mereka.

"Jadi kita tak perlu nak buat gesaan kerana apa pun yang kita lakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan tetap mempertahankan orang mereka," katanya kepada mStar Online.

Terbaru, beberapa keping gambar Wong dikatakan mula disebarkan di internet khususnya laman blog yang menunjukkan Wong sedang tidur dipercayai di rumahnya dengan hanya memakai singlet hitam dan seluar hitam.

Gambar itu dipercayai dimuat turun pada 14 April lalu iaitu sehari sebelum Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kerajaan Selangor menawarkan Wong terus kekal sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

Pada 17 Februari lalu, kes Wong mendapat liputan meluas media berikutan penyebaran gambar separuh bogelnya menerusi internet hingga menyebabkan beliau menawarkan diri meletak jawatan.

Gambar separuh bogel Wong dikatakan dirakamkan ketika beliau sedang tidur di sofa rumahnya.

Selain itu menurut Dr. Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor, BN tidak ketandusan isu untuk menjadikan perkembangan terbaru itu sebagai modal politik.

"Kita tak akan ambil kesempatan terhadap penyebaran gambar tersebut.

"Dulu kita gesa, tapi dia masih kekal dengan jawatannya, jadi kali ini kita ambil pendekatan tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

"Kita nak lihat bagaimana kerajaan negeri dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) selesaikan isu ini...apa lagi alasan yang mereka nak berikan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan