ADUN BN sedia bantu kerajaan negeri Pulau Pinang

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) sedia membantu kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa gagal menjalankan tugas untuk menyelesaikan beberapa isu di Pulau Pinang selepas lebih setahun mentadbir negeri ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) berkata wakil rakyat BN di Pulau Pinang bersedia menawarkan bantuan kepada kerajaan PR sekiranya diperlukan.

"Memang dulu kami tolak jawatan ditawarkan oleh mereka (PR) kerana mahu memberikan peluang dan melihat kemampuan mereka terlebih dulu dan kami lihat selama setahun tempoh ditetapkan, banyak sangat masalah berlaku," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Agama, Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung) mengkritik wakil rakyat BN kerana pernah menolak jawatan ditawarkan oleh kerajaan negeri PR.

Kritikan Abdul Malik itu berikutan permintaan Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) supaya kerajaan negeri mempertimbangkan kemungkinan wakil rakyat dari pembangkang dilantik menganggotai Majlis Tindakan Daerah (MTD) bagi membolehkan mereka membantu serta memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah penduduk.

Antara jawatan ditawarkan Pakatan Rakyat pernah ditolak oleh Umno Pulau Pinang adalah sebagai ahli Jawatankuasa Hak Kebebasan Maklumat Awam yang dikhususkan kepada ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan