Pilihan raya kecil tidak semestinya membazir - MB Selangor

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata bertanding di dalam pilihan raya kecil adalah amalan di bawah prinsip demokrasi dan tidak semestinya membawa kepada pembaziran.

"Dalam demokrasi ini satu perkara yang kita lakukan. Pembaziran yang berlaku seperti yang ditunjukkan oleh The Star ialah pembaziran wang bukan untuk pilihan raya...lebih 80 peratus daripada jumlah itu untuk keselamatan," kata beliau.

Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu diminta mengulas kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon pada pilihan raya Kecil Penanti yang bakal diadakan atas alasan mengelakkan pembaziran.

Abdul Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan bernilai RM2.0 juta kepada 25 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang kosong setelah wakilnya dari PKR Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan atas alasan ingin melanjutkan pengajian dan memberikan tumpuan kepada keluarga.

Sebelum mengumumkan peletakan jawatannya, Mohammad Fairus telah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki terlibat dalam kes kuari haram di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata Pakatan Rakyat bersetuju untuk bertanding di pilihan raya kecil bagi tujuan mengukuhkan lagi penyertaan PKR di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan mencari seorang wakil rakyat yang akan bekerja untuk kebaikan kawasan Penanti.

Jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti itu adalah perkara yang baik bagi PKR, katanya.

Ditanya mengenai penyebaran gambar-gambar terbaru Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Selangor, Elizabeth Wong, Abdul Khalid berkata pihak kerajaan negeri akan mendapatkan gambar itu dan memberikannya kepada polis.

"Gambar itu jika ada intrusion of privacy (mencabuli privasi) kita minta pihak polis mengambil tindakan," katanya.

Gambar-gambar terbaru Wong yang sedang tidur lena berpakaian baju singlet hitam dan menampakkan ketiaknya dikesan di sebuah laman blog baru-baru ini.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan kembali bertugas sebagai exco kerajaan negeri Khamis lepas setelah bercuti selama dua bulan berikutan penyebaran gambar-gambar separuh bogel di Internet.

Beliau yang turut hadir di majlis itu enggan memberikan sebarang komen apabila disoal wartawan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan