Mesyuarat MT pertama Jumaat ini

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno dijadual mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang pertama Jumaat ini susulan pemilihan hujung bulan lalu.

Ia juga mesyuarat pertama bakal dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Presiden Umno.

Najib diumumkan secara rasmi sebagai Presiden pada 26 Mac lalu menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Maklumat mengenai mesyuarat itu disiarkan oleh laman web Umno Online hari ini.

Selain itu, mesyuarat tersebut juga dijangka mengumumkan pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang baru dan beberapa pegawai tertinggi kanan yang lain penyandang Bendahari, Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan Umno.

Malah mesyuarat tersebut juga dijadual membincangkan sama ada Umno dan Barisan Nasional (BN) wajar mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti.

Selain itu, keputusan tiga pilihan raya kecil termasuk dua di Semenanjung iaitu Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau juga dijangka disentuh kali ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan