DAP mahu SPR adakan sidang meja bulat bincang pindaan

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran mengadakan persidangan meja bulat membabitkan kesemua parti politik negara ini untuk memperkenalkan pembaharuan dalam undang-undang pilihan raya.

"SPR mesti memperlihatkan kebebasan, tidak berat sebelah dan profesionalisme serta mengadakan persidangan meja bulat yang disertai semua parti untuk memperkenalkan pembaharuan terhadap undang-undang pilihan raya dan sistem pemilihan bagi membolehkan rakyat bangga dengan sistem pilihan raya yang bebas, bersih dan adil," kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.

Justeru, menerusi kenyataan yang disiarkan dalam blognya hari ini, Lim berkata, SPR perlu berhenti daripada menari mengikut rentak kerajaan Barisan Nasional untuk meminda undang-undang pilihan raya mengikut kehendaknya.

Ahli Parlimen itu menyentuh saranan SPR yang berpendapat undang-undang pilihan raya perlu dipinda bagi mengelakkan kekosongan kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen sengaja dicetuskan bagi memenuhi kepentingan politik parti atau pun individu tertentu.

Sambil melihat sudah wujud trend beberapa kekosongan sejak Ogos lalu sengaja diadakan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, soal peribadi dan masalah dalaman parti tidak harus dijadikan alasan untuk berhenti daripada menjadi wakil rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan