Speaker Perak gantung Setiausaha, SUK tegas tidak sah

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Krisis politik Perak memasuki episod baru semalam dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak - buat kali kedua sejak penghujung Februari lalu.

Bagaimanapun beberapa jam selepas kenyataan Speaker itu, Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim pula menegaskan, keputusan itu adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Abdul Rahman berkata, jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak.

"Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak.

"Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah," katanya di sini, semalam.

Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata, Abdullah kekal sebagai Setiausaha DUN Perak yang sah dan berkuasa mengikut bidang kerja dan tugas-tugas yang ditetapkan.

"Ini juga bermakna tindakan menggantung Abdullah sebagai mana yang dilaporkan media dibuat oleh Speaker V. Sivakumar adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan," katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak selain daripada yang dinyatakan di atas (JPA, kerajaan negeri dan SUK) tidak mempunyai kuasa dan tidak berhak untuk mempersoal atau mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah selaku Setiausaha DUN tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan negeri dan SUK negeri Perak.

"Begitu juga mana-mana pihak yang lain tidak berkuasa dan tidak berhak sama sekali mengambil sebarang tindakan yang lain seperti membuat pelantikan jawatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak termasuk jawatan Setiausaha DUN Perak tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan negeri Perak dan saya selaku SUK negeri Perak," kata Abdul Rahman.

Sivakumar semalam mengambil tindakan menggantung tugas Abdullah sebagai Setiausaha DUN kerana mengeluarkan notis untuk DUN Perak bersidang pada 7 Mei ini tanpa pengetahuan dan persetujuan beliau (Sivakumar) terlebih dahulu yang dianggap sebagai satu tindakan ketidakpatuhan.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan di sini tengah hari semalam, Sivakumar turut mengumumkan pelantikan Mohd Misbahul Munir Marduki untuk menggantikan Abdullah sebagai Setiausaha DUN sehingga beliau (Sivakumar) mengeluarkan keputusan selanjutnya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan