Gerakan syor BN letak calon Bebas di Penanti

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak boleh memberi laluan mudah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tanpa dicabar.

Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berkata, beliau pada dasarnya bersetuju jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding memandangkan pertandingan itu nanti akan melibatkan kos yang besar.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh bagi mereka (PKR) menang percuma.

"Kalau BN tidak mahu bertanding, BN mungkin patut memberikan peluang kepada mana-mana ahlinya bertanding atas tiket Bebas.

"Jika ini dilakukan, ia akan memberi pilihan kepada penduduk di Penanti untuk memilih calon yang boleh mewakili mereka sekaligus membuka ruang demokrasi kepada mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata berkemungkinan BN tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponennya.

Kerusi DUN Penanti yang berada dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh kini kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PPP, Datuk T Murugiah berkata, pihaknya juga menyokong jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu kerana ia ternyata mainan politik pembangkang yang langsung tidak memikirkan wang rakyat yang akan dibazirkan begitu sahaja.

Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, keputusan Fairus meletakkan jawatan kerana sebab peribadi itu merupakan tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang wakil rakyat.

"Kalau nak bertanding untuk tujuan berkhidmat, beliau perlu sentiasa bersedia menghadapi tekanan dan perlu tahan dengan segala cabaran," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Kah Siong menyifatkan tindakan BN tidak meletakkan calon merupakan langkah yang tepat.

"Mereka (PKR) mahu mengadakan pilihan raya kecil ini kerana krisis dalaman yang dihadapi mereka.

"Jika (BN) bertanding, ini akan menghabiskan masa kita dan wang pembayar cukai," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.

Bagaimanapun, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Veelu berpendapat BN patut meletakkan calonnya.

Katanya, BN perlu bertanding bagi menjaga imej dan integriti gabungan itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan berkata jika kepimpinan BN berpendapat bahawa pilihan raya kecil itu adalah muslihat politik PKR dan pembaziran wang rakyat maka parti itu akan mematuhi sebarang keputusan yang diambil.

"Sebagai individu, saya berharap BN akan bertanding merebut kerusi itu kerana tidak mahu melepaskan atau menghampakan penyokong setia BN di kawasan itu.

"Kita perlu bertindak adil kepada pengundi yang selama ini memberi sokongan padu kepada BN," katanya.

Bagi Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berkata, beliau turut bersetuju jika BN tidak bertanding di Penanti memandangkan itu merupakan kubu kuat pembangkang.

"Saya pernah menyuarakan pada pilihan raya kecil sebelum ini, BN tidak perlu bertanding jika kekosongan sesuatu kerusi itu bukan disebabkan kematian wakil rakyat kawasan itu terutamanya di kawasan pembangkang.

"Pada saya, biarlah parti yang berjaya menawan kerusi itu pada pilihan raya umum lalu yang terus memegang kerusi itu.

"Sebaliknya, kita perlu menumpukan dan mempertahankan kerusi yang kita menangi seperti di DUN Batang Ai," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan