Speaker Perak gantung Setiausaha, SUK tegas tidak sah

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Krisis politik Perak memasuki episod baru hari ini dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak - buat kali kedua sejak penghujung Februari lalu.

Bagaimanapun beberapa jam selepas kenyataan Speaker itu, Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim pula menegaskan, keputusan itu adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Abdul Rahman berkata, jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak.

"Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak.

"Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah," katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata, Abdullah kekal sebagai Setiausaha DUN Perak yang sah dan berkuasa mengikut bidang kerja dan tugas-tugas yang ditetapkan.

"Ini juga bermakna tindakan menggantung Abdullah sebagai mana yang dilaporkan media dibuat oleh Speaker V. Sivakumar adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan," katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak selain daripada yang dinyatakan di atas (JPA, kerajaan negeri dan SUK) tidak mempunyai kuasa dan tidak berhak untuk mempersoal atau mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah selaku Setiausaha DUN tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan negeri dan SUK negeri Perak.

"Begitu juga mana-mana pihak yang lain tidak berkuasa dan tidak berhak sama sekali mengambil sebarang tindakan yang lain seperti membuat pelantikan jawatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak termasuk jawatan Setiausaha DUN Perak tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan negeri Perak dan saya selaku SUK negeri Perak," kata Abdul Rahman.

Sivakumar hari ini mengambil tindakan menggantung tugas Abdullah sebagai Setiausaha DUN kerana mengeluarkan notis untuk DUN Perak bersidang pada 7 Mei ini tanpa pengetahuan dan persetujuan beliau (Sivakumar) terlebih dahulu yang dianggap sebagai satu tindakan ketidakpatuhan.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan di sini tengah hari tadi, Sivakumar turut mengumumkan pelantikan Mohd Misbahul Munir Marduki untuk menggantikan Abdullah sebagai Setiausaha DUN sehingga beliau (Sivakumar) mengeluarkan keputusan selanjutnya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan