PKR Pulau Pinang bincang strategi hadapi pilihan raya kecil Penanti

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan misi pertama mereka bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan mengadakan mesyuarat persediaan jentera parti malam ini.

Bagaimanapun Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, mesyuarat jentera parti malam ini yang akan dipengerusikan oleh Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menyentuh mengenai persedian peringkat awal.

"Kita akan adakan mesyuarat PKR negeri malam ini... peringkat mula kita hanya akan bincang mengenai persedian dan apa yang patut dilakukan," katanya kepada mStar Online.

Pilihan raya kecil DUN Penanti akan diadakan berikutan peletakkan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin.

Mohammad Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang semalam mengumumkan yang beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti.

Beliau juga telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lalu.

Ditanya sama ada PKR negeri akan mengemukakan senarai pendek beberapa nama calon untuk diputuskan malam ini, beliau berkata, perkara tersebut masih terlalu awal untuk dibincangkan.

"Belum ada lagi apa-apa senarai pun, kita tak fikir lagi tentang calon.

"Apa-apa pun kita akan serahkan kepada Datuk Seri Anwar untuk buat keputusan mengenai siapakah calon yang paling layak untuk menjadi calon di Penanti," katanya.

Sementara itu megulas mengenai khabar angin yang mengatakan PKR akan meletakkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon, beliau berkata: "Saya tak dengar apa-apa khabar angin seperti itu, soal calon biarlah Datuk Seri Anwar yang tentukan".

Ditanya sama ada PKR Pulau Pinang sedia menerima calon bukan dari kalangan pemimpin tempatan, beliau sekali lagi enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

"Awal lagi nak cakap soal calon, nanti dah tiba masanya kita akan umumkan juga," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan