Ketua Pemuda PAS: Salahuddin tiada petunjuk

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub yang tidak akan mempertahankan jawatannya itu dalam pemilihan pada Muktamar PAS Jun ini berkata beliau tidak akan memberi petunjuk kepada ahli dalam menentukan calon bagi menggantikan tempatnya itu.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, terserah kepada ahli untuk membuat penentuan.

"Saya tidak mempunyai petunjuk dalam menentukan calon jawatan Ketua Pemuda menggantikan tempat saya," katanya kepada pemberita di majlis mesyuarat perwakilan PAS Kawasan kubang Kerian, di sini, hari ini yang dirasmikan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada 15 Februari lepas, Salahuddin mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda bagi memberi peluang kepada muka baru menerajui Dewan itu.

Salahuddin juga berkata beliau menyerahkan kepada ahli untuk mencalonkannya untuk jawatan naib presiden parti pada pemilihan nanti.

Katanya beliau yakin pertandingan merebut jawatan dalam parti akan berlangsung dalam suasana sihat dan demokrasi sebagaimana menjadi amalan PAS sebelum ini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan