Bekas penyelaras: Tidak mungkin Hindraf jadi parti politik alternatif

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, salah seorang daripada 10 penyelaras kebangsaan digantung dalam proses menyusun semula Hindraf menegaskan, pertubuhan berusia dua tahun itu, yang telah pun diharamkan Oktober lalu, harus kekal sebagai kumpulan pendesak.

Pada masa yang sama, S. Manikavasagam berkata, beliau masih berkeyakinan bahawa Hindraf tidak akan berubah wajah sebagai sebuah parti politik alternatif untuk masyarakat India negara ini.

"Jika pun Hindraf dijadikan parti politik kelak, kami tidak akan menyertai parti politik itu," kata Ahli Parlimen itu ketika dihubungi hari ini.

Selain beliau, yang turut digugurkan sebagai penyelaras Hindraf ialah peguam N. Surendran dan Ahli Parlimen Telok Intan, M. Monorogaran.

Surendran tidak menganggotai mana-mana parti manakala Monorogaran merupakan anggota DAP.

Mengenai keputusan beliau digugurkan sebagai penyelaras, Manikacasagam memberitahu, beliau kecewa dengan keputusan Pengerusinya, P. Waytha Moorthy.

"Saya pun ada bercakap dengan Waytha Moorthy semalam dan kelmarin... ya, saya kecewa dengan keputusan Waytha Moorthy tetapi saya terima keputusan beliau dan selepas ini kami akan kekal di luar dan tidak akan menyertai gerakan mereka walaupun dijemput semula selepas ini," kata beliau yang mendakwa mewakili ketiga-tiga mereka itu.

Berdasarkan perkembangan dua tahun lalu, Manikavasagam memberitahu, beliau yakin Hindraf tidak boleh dan tidak sesuai dijadikan parti politik.

"Jika mahu, mereka harus menyertai kami, parti kami seperti PKR dan DAP... saya fikirkan tidak sesuai mewujudkan sebuah lagi parti baru untuk masyarakat India," kata Manikavasagam yang juga anggota Majlis Pimpinan Tinggi PKR.

Beliau mengulas laporan mStar Online hari ini bahawa selepas lebih enam bulan diharamkan, pemimpin-pemimpin Hindraf kini di peringkat akhir untuk menubuhkan sebuah parti politik alternatif bagi masyarakat India negara ini.

Sebagai langkah awal ke arah itu, kesemua penyelaras peringkat nasional, negeri dan daerah Hindraf telah digantung peranan masing-masing berkuat kuasa serta-merta manakala jawatankuasa sementara dianggotai tiga orang telah pun dibentuk.

Kenyataan rasmi mengenai penubuhan parti baru dijangka dikeluarkan menjelang akhir bulan ini ataupun awal Mei.

Hindraf telah diharamkan 15 Oktober lalu atas alasan memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Ketika dihubungi penyelaras kebangsaannya, R.S. Thanenthiran mengesahkan pihaknya sedang mengambil langkah-langkah ke arah membentuk sebuah badan formal lagi sah di sisi perundangan.

"Sejak Hindraf diharamkan (tahun lalu), kami berhadapan dengan kesukaran untuk bergerak dan kami perlu terus bergerak untuk menjaga kepentingan masyarakat India dan memenuhi 18 tuntutan yang dikemukakan (pada 2007).

"Untuk itu, kami merasakan bahawa kami memerlukan sebuah platform yang sah... jadi kami sedang berusaha untuk menyusun semula strategi untuk memiliki sebuah badan yang sah agar dapat berjuang menjaga kepentingan masyarakat India dengan berkesan dan tersusun," kata beliau.

Katanya, segala proses untuk membentuk parti baru itu sudah hampir selesai.

"Kita tunggu pengumuman Waytha Moorthy (Pengerusi Hindraf) dalam dua minggu ini," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan