Najib akan pantau sendiri pelaksanaan pakej rangsangan

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan memantau secara peribadi setiap minggu setiap aspek pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi dan keadaan ekonomi Malaysia.

"Saya akan mengambil tindakan pemulihan perlu yang segera jika diperlukan," kata Perdana Menteri semasa merasmikan mesyuarat tahunan ke-63 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

Najib berkata, beliau memahami komuniti perniagaan masih khuatir mengenai keberkesanan rancangan pemulihan ekonomi.

Katanya, Presiden ACCCIM Tan Sri William Cheng telah memberitahunya bahawa persekitaran perniagaan masih berhadapan dengan prestasi buruk dan ketidaktentuan.

Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengkaji tarif elektrik dan harga gas asli secara berkala kerana beliau menyedari kebimbangan sektor swasta mengenai kos tenaga dan implikasinya ke atas pengeluaran perindustrian.

Kerajaan perlu melindungi kepentingan kesemua pihak yang terlibat, sama ada pengguna atau penyedia tenaga, kata Najib. Beliau juga Menteri Kewangan.

Najib berkata, kerajaan sekarang ini sentiasa melaksanakan dasar mesra perniagaan demi kepentingan negara.

"Apabila perniagaan berkembang maju, kerajaan boleh mengutip lebih banyak hasil dalam bentuk perolehan dan wang itu boleh digunakan untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, saya akan berpegang kepada dasar kerajaan yang mesra perniagaan. Ini janji saya sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada rakyat Malaysia dari semua peringkat tetapi ini mengingatkan saya kepada satu persoalan, boleh tak komuniti perniagaan membalas budi kerajaan itu?" tanyanya.

Perdana Menteri berkata, komuniti perniagaan dan perindustrian Malaysia tidak sepatutnya bergantung kepada produktiviti semata-mata untuk berjaya di dalam usaha masing-masing tetapi perlu memadankan produktiviti dengan kreativiti.

"Peningkatan usaha pada satu arah atau pendekatan tidak semestinya menghasilkan keputusan yang diingini. Dengan itu, adalah perlu kreativiti bergerak sehaluan dengan produktiviti.

"Bagi menjadi kreatif, kita perlu sentiasa bersedia untuk berfikir di luar dari realiti dan halangan yang sudah terbiasa.

"Sebaik kreativiti menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia, platform telah terbentang bagi negara ini untuk memajukan ekonomi berasaskan inovasi.

"Inovasi akan menokok nilai tambah tambahan untuk ditranformasikan menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan yang jitu.

"Untuk mencapai kesan yang diingini, inovasi perlu menjadi sebahagian daripada saluran pengeluaran, mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang tetap secara berterusan yang dipertingkatkan dengan inovasi.

"Ini juga bermakna mengeluarkan produk lebih baik yang direka bentuk dengan baik," katanya.

Najib juga menyeru pekilang Malaysia untuk keluar dari label "Buatan Malaysia" untuk membangunkan satu jenama "Reka Bentuk Malaysia."

Katanya, produk bernilai tambah perlu dipertingkat dengan nilai yang tinggi seperti industri sarang burung dan ikan perhiasan.

"Saya pasti terdapat lebih banyak lagi peluang di luar sana di dalam industri lain yang menunggu diterokai dan dikomersilkan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan