Hindraf berubah 'wajah'?

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hindraf, yang diharamkan Oktober lalu atas faktor memudaratkan keselamatan negara, mula mengambil langkah drastik menstruktur semula gerakan itu.

Sebagai langkah awal ia menggantung kesemua 10 anggota penyelarasnya termasuk penyelaras kebangsaan berkuat kuasa serta-merta.

Penggantungan itu termasuklah mereka yang memegang tanggungjawab penyelaras majlis, penyelaras publisiti dan kesemua penyelaras peringkat daerah dan negeri.

Ketika mengumumkan perkara itu dalam kenyataan dikeluarkan di sini, pengerusinya, P. Waytha Moorthy yang kini berada di London berkata, "perjuangan Hindraf kini memasuki fasa baru selepas situasi negara mengalami perubahan secara kualitatif sejak 25 November 2007."

Pada 25 November 2007 Hindraf menggerakkan perhimpunan besar-besaran di ibu negara.

Susulan perhimpunan itu yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa, seramai lima pemimpinnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Dua daripada mereka telah dibebaskan pada hari Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam awal bulan ini.

Mereka yang masih ditahan ialah M. Manoharan, 48, P. Uthayakumar, 47, dan K. Vasantha Kumar, 36, manakala peguam R. Kengadharan, 42, dan V. Ganabatirau, 36, adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan oleh Najib selepas beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 5 April.

"Keperluan, harapan, kehendak dan aspirasi masyarakat India daripada Hindraf telah berkembang di luar had permintaan awal dan menuntut pembebasan peguamnya yang kini ditahan di bawah ISA," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan di sini.

Hindraf beroperasi sejak pertengahan 2007.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan