6 maut: Pemandu bas ekspres dituduh pandu melulu

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEGINILAH keadaan bas ekspres dua tingkat milik AB Ekspres yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 443 Lebuhraya Utara Selatan dekat Rawang awal pagi Isnin lalu. Kejadian yang berlaku pukul 5.30 pagi itu mengakibatkan enam orang terbunuh termasuk pemandu bas tersebut manakala dua lagi cedera parah setelah bas yang membawa 34 penumpang dari Changlun, Kedah itu gagal dikawal. Kesemua mayat dan penumpang yang tercedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh. -- fotoBERNAMA
BEGINILAH keadaan bas ekspres dua tingkat milik AB Ekspres yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 443 Lebuhraya Utara Selatan dekat Rawang awal pagi Isnin lalu. Kejadian yang berlaku pukul 5.30 pagi itu mengakibatkan enam orang terbunuh termasuk pemandu bas tersebut manakala dua lagi cedera parah setelah bas yang membawa 34 penumpang dari Changlun, Kedah itu gagal dikawal. Kesemua mayat dan penumpang yang tercedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh. -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemandu bas ekspres dua tingkat yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Rawang Isnin lepas menyebabkan enam orang terbunuh, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik Selayang dekat sini hari ini terhadap tuduhan memandu secara melulu.

Fauzi Muhamad, 33, yang masih bujang, didakwa melakukan kesalahan itu di KM442.9 Lebuhraya Utara Selatan, pada 5 pagi 13 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda sehingga RM20,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan satu lesen memandu selama tempoh tidak kurang tiga tahun dari tarikh sabitan.

Mereka yang terbunuh nahas itu ialah C. Magenthiran, 26, Mohd Yusril Zakaria, 27, Mohd Zaher Mohamed, 33, Muhamad Ismail, 27, Zulkhibri Md Saad, 35, dan Muhamad Fauzi Awang,44.

Pegawai Pendakwa Insp Abdul Raheem Eliyas mencadangkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tetapi bapa Fauzi, Muhamad Abdul Karim, merayu agar mahkamah mengenakan ikat jamin yang lebih rendah kerana beliau hanya bekerja kampung dan perlu menanggung empat orang anak.

Majistret Muhammad Najib Ismail kemudian mengenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mei untuk sebutan semula kes dan bagi Fauzi melantik peguam.

Beliau juga mengarahkan lesen memandu Fauzi digantung sehingga kes selesai. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan