Zambry minta semua pihak terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam Exco negeri daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bernama melaporkan, Zambry berkata, keputusan mahkamah itu membolehkan beliau dan kesemua anggota exco berkenaan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih dedikasi untuk rakyat dan negeri Perak.

Zambry bagaimanapun masih berteka-teki ketika ditanya mengenai tarikh persidangan DUN Perak yang akan datang dengan menyatakan setakat ini, persidangan itu akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas persidangan DUN lepas pada November lalu.

Beliau tidak menolak kemungkinan notis untuk memanggil persidangan yang akan dibuka Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu akan dikeluarkan esok ataupun awal minggu depan.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Zambry dan enam Exco yang lain iaitu Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon daripada menghadiri sidang DUN.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.

Panel itu mendapati tindakan Sivakumar menggantung Zambry daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan dan enam ADUN lain selama 12 bulan adalah melampaui perlembagaan negeri, justeru ia tidak sah dan batal.

Sementara itu, Ramly ketika dihubungi mStar Online berkata, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini yang sekali gus meredakan kegelisahan rakyat berhubung perkara tersebut.

Beliau turut meminta Pakatan Rakyat supaya menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

"Saya berharap rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada BN untuk mentadbir Perak.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan