Zambry, Exco mahu Pakatan terima keputusan mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam Exco negeri daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bernama melaporkan, Zambry berkata, keputusan mahkamah itu membolehkan beliau dan kesemua anggota exco berkenaan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih dedikasi untuk rakyat dan negeri Perak.

Zambry bagaimanapun masih berteka-teki ketika ditanya mengenai tarikh persidangan DUN Perak yang akan datang dengan menyatakan setakat ini, persidangan itu akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas persidangan DUN lepas pada November lalu.

Beliau tidak menolak kemungkinan notis untuk memanggil persidangan yang akan dibuka Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu akan dikeluarkan pada esok ataupun awal minggu depan.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Zambry dan enam Exco yang lain iaitu Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon daripada menghadiri sidang DUN.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.

Panel itu mendapati tindakan Sivakumar menggantung Zambry daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan dan enam ADUN lain selama 12 bulan adalah melampaui perlembagaan negeri, justeru ia tidak sah dan batal.

Sementara itu, Ramly ketika dihubungi mStar Online berkata, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini yang sekaligus meredakan kegelisahan rakyat berhubung perkara tersebut.

Beliau turut meminta Pakatan Rakyat supaya menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

"Saya berharap rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada BN (Barisan Nasional) untuk mentadbir Perak.

"Pakatan Rakyat pula perlu redha dan menerima keputusan ini dengan terbuka.

"Jangan kalau keputusan memihak kepada mereka baru mereka OK tapi bila memihak kepada kita, mereka tidak OK," katanya.

Seorang lagi Exco, Zainol Fadzi berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat akan mencari jalan lain untuk terus menegakkan benang yang basah sekaligus cuba untuk mengalih perhatian rakyat.

"Saya yakin tindakan Speaker dan kumpulan tertentu di belakangnya hanya mahu mengelirukan rakyat dengan isu-isu yang kurang difahami khususnya mengenai Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan peraturan persidangan Dewan yang memerlukan kita memberi penerangan yang jelas kepada rakyat.

"Sepatutnya, kita harus menumpukan kepada langkah membangunkan ekonomi rakyat, bukannya berpolitik sepanjang masa kerana tindakan itu hanya merugikan rakyat," katanya.

Zainol yang juga ADUN Sungai Manik berkata, Pakatan perlu menerima kerajaan negeri yang diterajui BN pada ketika ini seperti mana BN menerima keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu yang memihak kepada Pakatan.

Sementara itu, Hamidah pula berkata, beliau percaya Pakatan tidak akan mengambil tindakan melalui mahkamah lagi selepas ini sebaliknya akan menggunakan kuasa mereka semasa persidangan DUN nanti.

"Mungkin mereka akan mewujudkan suasana huru hara dalam persidangan DUN nanti yang akan menyebabkan kita marah dan seterusnya akan menyebabkan kita diminta meninggalkan Dewan," katanya.

Beliau yang juga ADUN Sungai Rapat berkata, pihaknya memang sudah menjangka keputusan mahkamah itu kerana Sivakumar ternyata telah menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang Speaker.

"Speaker tidak mempunyai kuasa mutlak. Kalau mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Speaker tidak mempunyai kuasa di luar Dewan.

"Oleh sebab tindakan Speaker itu, kita terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

Seorang lagi Exco, Dr Mah yang juga ADUN Chenderiang berkata, semua pihak termasuk BN dan Pakatan perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

"Kita membawa kes ini ke mahkamah kerana kita percaya mahkamah akan memberi penghakiman yang adil kepada kedua-dua pihak.

"Sekarang mahkamah telah membuat keputusan dan kita harus menghormatinya," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan