Shahidan cadang KPI diperluas meliputi semua wakil rakyat

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan agar Indeks Prestasi Utama (KPI) yang dikenakan kepada semua anggota kabinet diperluaskan kepada semua wakil rakyat.

Katanya, semua wakil rakyat di seluruh negara sewajarnya melalui proses penilaian prestasi itu bagi membolehkan orang ramai menilai perkhidmatan mereka.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata, KPI untuk anggota kabinet ini adalah amat baik untuk pentadbiran negara.

"Perdana Menteri telah melakukan sesuatu yang terbaik untuk pentadbiran dan KPI itu wajar dikembangkan kepada setiap wakil rakyat," kata bekas Menteri Besar Perlis itu.

Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau berkata, melalui KPI, sudah pasti semua wakil rakyat akan menunjukkan kehebatan mereka dalam amanah yang dipertanggungjawabkan.

Mengenai cadangan supaya menteri besar atau ketua menteri diberi peluang memegang jawatan pengerusi badan perhubungan Umno negeri masingmasing, Shahidan berkata, ia tidak harus dibincang secara terbuka.

"Pembangkang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan Umno yang didedahkan secara berleluasa," katanya.

Beliau berharap pucuk pimpinan Umno memanggil kepimpinan parti di semua peringkat untuk menghentikan perbuatan memburukkan parti dengan pendedahan sedemikian.

"Masalah dalaman patut diselesaikan secara tertutup," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan