MIC kekal, tak mahu lagi bincang lantikan Kabinet - Samy Vellu

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC tetap akan kekal dalam Kabinet walaupun tidak berpuas hati dengan komposisi perwakilan dalam jemaah menteri, kata Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu.

"MIC (hari ini) tidak membincangkan perkara berkaitan dengan pelantikan anggota Kabinet," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini hari ini.

Ujar beliau, oleh kerana pelantikan anggota Kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri, "maka kami tutup isu ini."

Bagaimanapun jelas beliau, perkara tersebut ada disentuh dalam perbincangan CWC kira-kira satu setengah jam.

Keseluruhannya CWC bermesyuarat lebih tiga setengah jam bermula pukul 10 pagi tadi.

Katanya, anggota CWC merasakan MIC tidak perlu membincangkannya lagi kerana Perdana Menteri yang berhak tentang pelantikan menteri dan timbalan menteri.

Samy Vellu mengakui bahawa beliau ada mengemukakan permintaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar MIC diperuntukkan jawatan Kabinet senior dan tiga timbalan menteri termasuk satu untuk kaum wanita.

"Tapi sebelum saya meninggalkan pejabat Perdana Menteri (8 April), saya memberitahu bahawa ini adalah permintaan saya dan saya serahkan kepada beliau untuk memutuskan," katanya.

Bagaimanapun Samy Vellu yang turut memberitahu yang beliau "adalah menteri paling memegang jawatan termasuk kemungkinan paling lama di dunia" menambah, beliau secara khusus tidak meminta diberikan Kementerian Kerja Raya.

"Saya cuma minta jawatan menteri junior," kata beliau.

Kuota MIC iaitu satu menteri dan dua timbalan menteri dikekalkan dalam barisan jemaah menteri diumumkan 9 April.

Ahad lalu, Samy Vellu berkata isu rasa tidak puas hati parti itu berhubung peruntukan kerusi dalam Kabinet baru akan dibincangkan dalam mesyuarat CWC parti itu hari ini.

Sehari sebelum itu wujud laporan akhbar yang memetik sumber bahawa MIC sedang mengkaji cadangan menarik diri seorang menteri dan dua timbalan menteri dari parti itu dari Kabinet sebagai bantahan terhadap kekurangan kepentingan yang diberikan kepada masyarakat India di negara ini.

Laporan media itu juga menyebut MIC telah memohon portfolio kanan dalam Kabinet iaitu Kementerian Kerja Raya tetapi permintaan itu ditolak.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan