Isu kepimpinan Terengganu: Ahmad Said, Idris Jusoh jumpa PM

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tengah hari ini dipercayai berhubung isu kepimpinan termasuk kejadian 10 ADUN memboikot sidang DUN kelmarin.

Pertemuan berasingan itu berlangsung di Putrajaya.

Difahamkan Idris menemui Najib sebelum disusuli oleh Ahmad.

Mereka dipercayai menemui Najib berhubung isu SMS ugutan bunuh yang diterima oleh tiga Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) kelmarin.

Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada hari kedua sidang DUN Terengganu, kerana mendakwa keselamatan mereka terancam.

Ini berikutan ugutan bunuh yang diterima tiga Adun BN menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kelmarin, iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abd Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Ariffin (Paka), dipercayai mempunyai kaitan dengan usul tidak percaya terhadap Ahmad, yang dikatakan akan dibentangkan pada sidang DUN itu.

Selain Rosol, Abd Halim dan Zakaria, tujuh Adun lain yang tidak hadir ialah Datuk Din Adam (Bukit Besi); Alias Abdullah (Alor Limbat); Zawawi Ismail (Kuala Berang); Ramlan Ali (Jabi); Muhammad Ramli Nuh (Tepoh); Muhammad Pehimi Yusof (Kota Putera) dan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih). Rosol mendakwa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih); Rosli Othman (Kemasik) dan Nawi Mohamed (Hulu Besut) turut menyokong tindakan itu.

Rosol ketika dihubungi mengesahkan yang Idris ada menemui Perdana Menteri pagi ini.

"Yang Idris menemui Perdana Menteri saya tahu," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan