Isu Elizabeth: Pakatan tidak konsisten, kata Khir

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini berhubung status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong sebagai membelakangi isu moral.

Beliau berkata, keputusan berkenaan jelas memperlihatkan kerajaan Pakatan Rakyat tidak konsisten dengan prinsip yang mereka perjuangkan sebelum ini.

"Apa yang jelas sekali ialah PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan Pakatan Rakyat memang tidak konsisten dengan prinsip mereka.

"Bila masalah ini terjadi kepada mereka banyak alasan yang diberikan, tapi bila ia terjadi kepada orang lain, mereka paling lantang menggesa supaya dikenakan tindakan disiplin dan buat gesaan supaya letak jawatan," katanya kepada mStar Online.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan keputusan MMKN untuk menawarkan Wong kembali meneruskan tugas sebagai ADUN dan ahli Exco kerajaan negeri.

Pada 17 Februari lalu, kes Wong mendapat liputan meluas media berikutan penyebaran gambar separuh bogelnya menerusi Internet hingga menyebabkan beliau menawarkan diri meletak jawatan.

Gambar separuh bogel Wong dikatakan dirakamkan ketika beliau sedang tidur di sofa rumahnya.

Bagaimanapun Khir berkata, tindakan kerajaan negeri itu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kerana rakyat akan menilai setiap tindakan mereka.

"Rakyat akan menilai tindakan mereka yang tidak konsisten dalam membuat keputusan serta sikap mereka yang sentiasa berdolak-dalih," katanya.

Jelas beliau lagi, BN Selangor akan mengambil langkah tunggu dan lihat berhubung kes berkenaan.

"Bagi BN kita tunggu untuk melihat apakah langkah mereka yang seterusnya selepas polis jalankan siasatan.

"Kita lihat pula apakah dalih mereka bila sudah ada hasil siasatan dari polis," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan