Mesyuarat pertama Kabinet baru

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Barisan jemaah menteri baru pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan mesyuarat pertama pagi ini.

Kabinet yang telah dikecilkan saiznya mengangkat sumpah Jumaat lalu.

Keseluruhannya Kabinet baru ini mempunyai 29 menteri penuh dan 40 timbalan menteri.

Mesyuarat berlangsung selepas anggota Kabinet menyempurnakan majlis serah tugas kelmarin dan semalam.

Antara lain mesyuarat sulung ini dijangka menyentuh tentang penjelasan Najib tentang konsep kepimpinan beliau iaitu Satu Malaysia.

Kabinet dijangka menekankan pendekatan untuk menghadapi masalah dan cabaran semasa seperti krisis ekonomi global.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan