MB Selangor: Elizabeth Wong boleh kekal Exco, ADUN

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUA BULAN LALU...  Elizabeth Wong menitiskan air mata ketika mengadakan sidang akhbar menyatakan hasrat mahu melepaskan jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan awal Februari lalu. Hari ini beliau ditawarkan agar mengekalkan kedua-dua jawatan itu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
DUA BULAN LALU... Elizabeth Wong menitiskan air mata ketika mengadakan sidang akhbar menyatakan hasrat mahu melepaskan jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan awal Februari lalu. Hari ini beliau ditawarkan agar mengekalkan kedua-dua jawatan itu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi tumpuan ekoran tersebarnya klip video dan gambar separa bogel beliau menerusi internet dua bulan lalu, hari ini ditawar untuk mengekalkan kedua-dua kedudukan itu.

Jika beliau bersetuju menerima keputusan itu yang dibuat oleh Majlis Kerajaan Negeri hari ini, Wong perlu menyambung semula khidmat mulai esok.

Pembantu Wong ketika dihubungi memaklumkan bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataannya lewat petang ini.

Perkembangan terbaru ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di sini sebentar tadi.

Ketika ditanya sama ada keputusan itu seolah-olah memperlihatkan kerajaan Selangor membelakangkan isu moral, Khalid memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memandang serius isu moral dan sentiasa memastikan pimpinan negeri menjunjung prinsio ini.

"Oleh itu jika ada sebarang bukti yang kukuh, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini," katanya.

Menteri Besar memaklumkan bahawa keputusan tersebut juga telah dimaklumkan kepada Sultan Selangor pagi tadi.

Khalid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, kerajaan negeri berpendapat keputusan ini adalah wajar setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta siasatan polis sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.

Wong merupakan Ketua Penerangan Wanita PKR.

Keputusan itu diumumkan pada penghujung cuti dua bulan yang diberikan kepada Wong ekoran isu tersebut.

Pada Februari lalu, Wong mengemukakan surat tawaran untuk meletakkan jawatan Exco dan ADUN berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid meminta beliau mengambil cuti dan memikirkan semula keputusannya.

Ditanya sama ada keputusan itu adalah pendirian PKR, beliau menafikan andaian tersebut.

Jelasnya, itu adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri setelah dibincangkan oleh Exco yang mewakili semua parti dalam Pakatan.

Berbanding dengan kes Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Fairus Kamaruddin yang telah meletakkan jawatan 8 April lalu, Khalid memberitahu, Wong juga membuat langkah yang sama dengan menulis surat tawar meletakkan jawatan.

Namun, katanya, penelitian kerajaan negeri bahawa apa yang berlaku ialah beliau adalah mangsa keadaan dan oleh itu "ditawarkan semula ke jawatannya."

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan