Khazanah Nasional gubal sistem KPI, penilaian pertama November ini - Najib

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Khazanah Nasional telah ditetapkan sebagai badan untuk membantu kerajaan menggubal sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Sementara proses penilaian pertama ke atas prestasi semua menteri dan kementerian akan dilaksanakan pada bulan November ini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Najib berkata beliau telahpun mengadakan pertemuan dengan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar untuk memastikan penempatan tenaga kerja yang mencukupi bagi melaksanakan penggubalan KPI itu dalam tempoh yang telah ditetapkan.

"Semua menteri akan dinilai prestasi masing-masing dalam tempoh enam bulan dan saya telah tetapkan pada November ini kita akan lakukan proses penilaian ke atas prestasi setiap menteri dan kementerian," katanya.

Beliau berkata sistem KPI itu juga akan melibatkan pembahagian tugas kepada timbalan-timbalan menteri secara tersusun di mana setiap timbalan menteri akan diberi bidang tugas tertentu supaya mereka boleh menyumbang kepada tindakan dan pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan.

Najib semasa mengumumkan barisan Kabinetnya pada Khamis lepas telah mengumumkan pelaksanaan pendekatan KPI untuk memantau prestasi dan pencapaian anggota Kabinetnya sebagai melambangkan pembaharuan serta pendekatan kerajaan yang lebih bertanggungjawab, berfokus dan mendahulukan rakyat.

Perdana Menteri berkata sistem penilaian KPI itu bukan satu kaedah pemantauan semata-mata tetapi "ianya juga sebagai satu cara untuk membantu menteri-menteri berkenaan sekiranya mereka menghadapi hambatan (halangan ataupun rintangan) kerana keputusan yang dibuat oleh kementerian yang lain."

"Jadi, kita boleh gunakan masa penilaian itu untuk menyelesaikan kekangan daripada segi pelaksanaan dan pencapaian kementerian mereka," katanya.

Ketika ditanya sekiranya penilaian prestasi menteri dan kementerian didapati tidak memuaskan pada November ini, Najib berkata: "Saya percaya menteri-menteri sedar bahawa masa depan kerajaan ini bergantung kepada pencapaian mereka berdasarkan kepada KPI.

"Dan mereka tahu bahawa mereka mesti ambil serius apa yang mereka patut lakukan. Jadi saya berkeyakinan mereka mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka." BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan