Shahidan syor Muhyiddin terajui Umno Perlis

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HARI PERTAMA... Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Timbalan Perdana Menteri pada hari pertamanya bertugas di pejabat itu di Bangunan Perdana, Putrajaya semalam. Turut sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. --fotoBERNAMA
HARI PERTAMA... Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Timbalan Perdana Menteri pada hari pertamanya bertugas di pejabat itu di Bangunan Perdana, Putrajaya semalam. Turut sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. --fotoBERNAMA

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesyorkan agar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis bagi menyelesaikan kemelut Umno di negeri itu.

Merujuk kepada cadangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya menteri besar dan ketua menteri sepatutnya dilantik menjadi pengerusi badan perhubungan Umno di negeri, beliau berkata, itu bukannya penyelesaian yang baik.

Shahidan, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, berkata jika beliau tidak lagi diperlukan untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, adalah lebih sesuai jika Muhyiddin selaku Timbalan Presiden Umno mengambil alih jawatan itu.

Merujuk kenyataan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, menyokong cadangan Mohd Ali, beliau berkata: "Kalau dia kata semua menteri besar dan ketua menteri layak jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, saya pula beranggapan bahawa semua Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri layak jadi menteri besar."

Shahidan berkata beliau merasa malu kerana terdapat masalah politik dalam sebuah negeri kecil sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Mengenai kenyataannya bahawa beliau terkilan kerana tiada wakil dari Perlis dilantik menganggotai barisan Kabinet yang dibentuk oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak, Shahidan berkata, perasaan itu hanya terasa untuk seminggu sahaja.

"Saya menyokong Kabinet baru itu tetapi saya tetap akan merayu supaya akan ada wakil dari Perlis menganggotai Kabinet selepas ini," katanya.

Beliau berkata, Perlis adalah negeri yang menang besar pada pilihan raya umum lalu dan wajar ada wakil daripada negeri itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan