Najib: Matlamat saya satukan rakyat guna konsep Satu Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menekankan, beliau merupakan Perdana Menteri untuk setiap rakyat negara ini tanpa mengira agama dan tugas utamanya adalah menyatupadukan semua rakyat berdasarkan konsep Satu Malaysia.

Sehubungan itu, Najib memberitahu, adalah penting semua pihak bekerjasama sebagai satu pasukan dalam merealisasikan konsep Satu Malaysia, yang mengutamakan sifat saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.

"Kita perlu menghapuskan jurang di antara rakyat dan saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur.

"Jika kita ada sikap sedemikian dan kita bersatu padu dalam masa yang sama kita dapat menghadapi cabaran di abad ke-21," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Vaisakhi di Kuil Tatt Khalsa Diwan, Jalan Raja Alang di sini pagi ini.

Jelas beliau, konsep Satu Malaysia akan berjaya dicapai jika semua pihak bekerjasama tanpa melihat pada perbezaan warna kulit.

Dalam ucapannya hari ini, Najib turut mengucapkan Selamat Hari Vasakhi kepada masyrakat Sikh di negara ini.

"Saya amat gembira kerana dapat meraikan kemeriahan sambutan Vasakhi. Walaupun komuniti Sikh kecil mereka tetap menyumbang kepada pembangunan negara.

"Ia merupakan satu sumbangan yang penting dan signifikan kepada kemakmuran negara yang dinikmati ketika ini," katanya.

Tambah beliau, sambutan perayaan tersebut satu petanda jelas yang menunjukkan kerajaan mengiktiraf semua agama di negara ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan