Mahkamah: Zambry, 6 Exco gunakan prosedur betul cabar Speaker

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco beliau telah menggunakan prosedur yang betul untuk mencabar penggantungan mereka oleh Speaker DUN, N. Sivakumar Februari lalu.

Ia diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sebentar tadi.

BERITA TERDAHULU

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan hari ini untuk memberikan keputusan sama ada Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menggunakan cara yang betul untuk mencabar penggantungan mereka oleh Speaker Perak V. Sivakumar.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff menangguhkan penghakiman selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak hari ini.

Peguam yang mewakili Sivakumar, Sulaiman Abdullah, mengemukakan bantahan awal bahawa mahkamah tidak patut melayani permohonan mereka kerana saman terhadap Sivakumar tidak mematuhi prosedur.

Zambry dan enam anggota majlis itu telah memohon supaya saman mereka terhadap Sivakumar dirujuk ke mahkamah tertinggi mengikut Perkara 63, Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1957 untuk penentuan dan untuk sama ada bagi pembatalan kes atau dirujuk ke mahkamah lain bagi pembatalan mengikut penentuan itu.

Pada awal prosiding, mahkamah menolak bantahan awal Sivakumar supaya kes itu dirujuk ke Mahkamah Tinggi Ipoh.

Sulaiman berhujah mahkamah tidak sepatutnya melayani permohonan Zambry untuk merujuk kes berhubung isu perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan kerana saman itu masih menungggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi bagi keputusan permohonan Sivakumar untuk menggugurkan saman itu.

Bagaimanapun, Hakim Alauddin yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Zambry walaupun saman induk masih menunggu perbicaraan.

Pada 2 Mac, Zambry dan enam anggota majlis berkenaan Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah binti Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi diisytiharkan yang keputusan Sivakumar menggantung mereka daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah dan batal.

Dalam saman pemula, mereka mendakwa penggantungan bagi tempoh antara 12 dan 18 bulan itu adalah melanggar perlembagaan negeri.

Pada prosiding hari ini, Sulaiman dalam bantahan awal keduanya, berhujah Zambry dan enam anggota majlis berkenaan telah menggunakan prosedur yang tidak betul dalam mengemukakan saman pemula terhadap Sivakumar di Mahkamah Tinggi.

Sulaiman berkata cara yang betul untuk mereka mengemukakan saman itu ialah dengan cara melalui semakan kehakiman dan tindakan memfailkan sama pemula itu adalah "litar pintas" bagi keperluan memohon kebenaran dalam prosiding semakan kehakiman.

Katanya mengikut Perintah 53, Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi, yang berkuat kuasa 21 September 2000, Zambry hanya boleh meneruskan permohonannya untuk mencabar keputusan Sivakumar ialah melalui semakan kehakiman.

Peguam yang mewakili Zambry dan enam anggota majlis berkenaan, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berhujah dalam mengemukakan saman pemula itu, Zambry dan enam anggota majlis itu tidak menuntut sebarang writ prerogatif dan hanya memohon pengisytiharan oleh Mahkamah Tinggi mengenai penggantungan oleh Sivakumar.

Firoz Hussein berkata mengikut Perintah 15 dan 16 Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980, Zambry dan enam anggota majlis itu mempunyai hak untuk mengemukakan saman dengan cara memohon pengisytiharan kerana mereka berhak untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan