Kemelut politik Terengganu: 10 ADUN boikot, paksa MB undur

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIDANG MEDIA ADUN BN...  Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid (tiga, kanan) bersama beberapa ADUN ketika mengadakan sidang media berhubung ugutan yang mereka terima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai berhubung isu pembetangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan DUN Terengganu yang memasuki hari kedua, hari ini. Beberapa ADUN dari BN bertindak tidak menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini apabila mendapati keselamatan mereka tidak terjamin berikutan ugutan yang diterima. -- fotoBERNAMA
SIDANG MEDIA ADUN BN... Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid (tiga, kanan) bersama beberapa ADUN ketika mengadakan sidang media berhubung ugutan yang mereka terima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai berhubung isu pembetangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan DUN Terengganu yang memasuki hari kedua, hari ini. Beberapa ADUN dari BN bertindak tidak menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini apabila mendapati keselamatan mereka tidak terjamin berikutan ugutan yang diterima. -- fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI, 1.30 TENGAH HARI] KUALA TERENGGANU: Sepuluh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini 'memulaukan' persidangan Dewan Undangan Negeri pagi ini - yang berlangsung buat hari kedua - berkaitan dengan kemelut politik negeri itu.

Perkembangan terbaru ini dikaitkan dengan desas-desus sejak beberapa bulan lalu bahawa ada usaha berterusan untuk menggesa Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan.

Mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Ketiadaan kesemua mereka pada sesi soal jawab pagi ini, yang dihadiri semua 10 anggota exco dan Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN dari PAS.

Hanya tiga wakil rakyat BN yang kelihatan menghadiri sidang Dewan pagi ini.

Sumber-sumber memberitahu bahawa difahamkan mereka berbuat demikian untuk menekan Menteri Besar yang dilantik Mac 2008 supaya meletakkan jawatan.

Tindakan kesemua ADUN BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN iaitu Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.

Bagaimanapun Rosol ketika ditemui wartawan di sini memberitahu, tindakan mereka itu bukan bertujuan memulaukan sidang DUN.

Sebaliknya jelas beliau, pihaknya bertindak demikian demi faktor keselamatan selepas menerima SMS berbentuk ugutan semalam.

Tengah malam tadi pula tiga ADUN BN Terengganu termasuk Rosol membuat laporan polis setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan, dipercayai berhubung kemelut politik di negeri ini.

Isu itu dipercayai berlaku selepas Ahmad membuat kenyataan untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat ADUN BN, jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau.

Terengganu mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri, lapan daripadanya diwakili pembangkang.

BERITA TERDAHULU

KUALA TERENGGANU: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi ini - yang bersidang buat hari kedua - bagi memaksa Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan.

Kesemua wakil rakyat berkenaan kini berhimpun di sebuah hotel utama di sini dan dijangka mengadakan sidang media kemudian.

Tindakan mengejutkan mereka itu berlaku ketika ada kenyataan sebelum ini bahawa tiada pihak yang akan membawa undi tidak percaya meminta Ahmad, yang dilantik sebagai Menteri Besar Mac 2008, agar meletakkan jawatan.

Ahmad dilantik mengetuai kerajaan negeri tahun lalu dalam persekitaran kontroversi.

Tengah malam tadi pula tiga ADUN BN Terengganu membuat laporan polis setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan, dipercayai berhubung kemelut politik di negeri ini.

ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 12.40 tengah malam manakala ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid pula membuat laporan sama di IPD Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira 12.30 tengah malam.

Ketika dihubungi mStar Online kelmarin, Rosol memberi jaminan beliau tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.

Malah beliau turut menafikan sekeras-keranya dakwaan yang mengatakan bahawa beliau akan mengetuai beberapa lagi ADUN BN untuk berbuat demikian.

Sehari sebelum itu, Ahmad berkata mana-mana ADUN BN yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula semalam dengan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang menteri besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

"Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan