Najib akan tentukan Pengerusi Umno negeri

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu siapa lebih layak memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri akan diputuskan oleh Presiden parti dalam waktu terdekat.

"Kalau ikut sejarahnya kadang-kadang begitu dan kadang-kadang tidak begitu. Ini akan diputuskan oleh Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri.

"Mungkin bila ada Majlis Tertinggi Umno ia akan diumumkan. Jadi kita akan lihat situasi di setiap negeri, jika begitulah keadaanya yang sesuai, itulah keadaannya.

"Kadang-kadang kita hendak dapatkan pandangan daripada pemimpin Umno di bahagian-bahagian dan perhubungan negeri-negeri kerana itulah... apa pun ia akan diumumkan nanti," katanya selepas majlis serah tugas kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baru, Datuk Mustapa Mohamed hari ini. Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu yang mengatakan Menteri Besar dan Ketua Menteri lebih layak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno di negeri-negeri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan