Manikumar angkat sumpah Exco Kedah

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: S. Manikumar yang memenangi pilihan kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Selasa lepas, hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota EXCO kerajaan negeri Kedah.

Manikumar, 35, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit di sini, pagi ini.

Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, India, Pekerja Ladang serta Perpaduan.

Manikumar mengisi tempat yang dikosongkan bekas Exco, V. Arumugam yang mewakili Parti KeAdilan Rakyat(PKR).

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail serta semua sembilan anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri turut menyaksi pcara angkat sumpah itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan